Tuesday, 23 October 2012 17:29

Pengenalan KIK

Pengenalan

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui.


Definasi Inovatif

Berdasarkan Panduan KIK dari MAMPU, ianya didefinasikan sebagai kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktivit sesuatu organisasi. Idea-idea ini boleh menrangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.


Definasi Kreatif

Berdasarkan Panduan KIK dari MAMPU, ianya didefinasikan sebagai kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan :

  • keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik
  • keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian
  • keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi

Objektif KIK

  1. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf-staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan KIK membuat persembahan
  2. Membuktikan dan memberi keyakinan kepada Perkhidmatan Awam bahawa KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam;
  3. Meyakinkan bahawa KIK dapat membantu Pengurusan menyelesaikan masalah berkaitan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan; dan
  4. Mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KIK dalam sektor awam bagi tujuan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan program KIK.

Dalam proses mengenalpasti projek/masalah, kumpulan KIK adalah dinasihatkan supaya
tidak membincangkan beberapa perkara berikut iaitu:

  • Dasar Jabatan;
  • Perjanjian Kesatuan;
  • Perkara mengenai tindakan tatatertib;
  • Hal-hal peribadi;
  • Gaji dan elaun-elaun;
  • Belanjawan jabatan;
  • Syarat-syarat perkhidmatan;
  • Pembahagian tugas;
  • Dasar kenaikan pangkat dan;
  • Perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan masalah kerja.
Read 4506 times Last modified on Wednesday, 24 October 2012 17:33
You are here: Home Pusat Sumber Inovasi